Friday, 20 April 2012

Muqaddimah Zweynaa!

بسم الله الرحمن الرحيم


"Setiap amalan adalah berdasarkan niat."

Petikan hadith di atas menunjukkan kepada kita tentang peri pentingnya penekanan niat dalam sesuatu amalan kerana ia bakal memberi impak dalam setiap natijah tindakan. Maka selari dengan hadith ini, kami dengan rasa rendah diri mengambil inisiatif mewujudkan laman ini untuk membantu menyebarkan ilmu, memperkemas ideologi dan menggalakkan pemikiran kritis dalam kalangan individu muslim, seterusnya membentuk generasi ulul albab yang cintakan ilmu.

Sebagai menghormati hak cipta dan menjunjung rasa amanah dalam menyebarkan ilmu, segala entri dan artikel yang disiarkan dalam laman ini adalah dirujuk kepada penulis asal, selain maklumat dipetik terus daripada bahan bacaan dan sumber rujukan yang lainnya.

Penulisan ini tidak lain hanyalah sebagai wadah ilmiyah yang biasa; tidak mencakupi kesemua bidang dan tidak menyentuh secara menyeluruh aspek yang dibincangkan. Justeru, sebarang perbincangan ilmiyah dan kritikan menbina amat dialu-alukan supaya kita saling melengkapi, bersama melahirkan produk Islam yang kritis pemikirannya seterusnya berusaha menjadi alim ulama' pewaris anbiya'.

Akhir kalam,

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan."


-Cik Nin @ Panini-
-Kasy @ Kasyir-


No comments: